Dasar Privasi

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau pendaftaran di borang-borang rasmi yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam Portal ini.

Maklum Balas

Kami amat mengalu-alukan maklum balas atau pertanyaan anda. Sekiranya maklumat terperinci yang diperlukan tidak terdapat di dalam Portal ini, keperluan anda akan dimajukan kepada agensi yang berkaitan.

Cookies

Portal ini menggunakan non-persistent cookies atau per-session cookies untuk tujuan teknikal sahaja seperti penukaran bahasa. Cookies ini tidak merekodkan data secara kekal dan tidak disimpan di pemacu keras. Ia akan dipadam sebaik sahaja anda meninggalkan Portal ini.

Pautan ke Laman Web Lain

Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Portal ini sahaja. Laman web yang dipautkan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza. Pengunjung dinasihatkan meneliti dasar privasi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sebarang pindaan dasar privasi akan dikemas kini di halaman ini.

Pertanyaan atau Aduan

Sila hubungi kami melalui seksyen maklum balas Portal ini untuk sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi.