Bagi memastikan keselamatan maklumat dan Portal Rasmi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), pengunjung adalah tertakluk kepada dasar keselamatan berikut:
- Sumbangan dan penyebaran maklumat yang dilarang serta bahan-bahan negatif yang bertentangan dengan dasar-dasar negara adalah dilarang.
- Menyebar maklumat berbau politik, hasutan atau perkauman atau apa-apa yang menjejaskan reputasi Jabatan dan Perkhidmatan Awam adalah dilarang.
- Pengunjung yang ingin menggunakan kemudahan seperti forum dikehendaki mendaftar sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini timbul.
- Pengunjung hendaklah memastikan fail yang dihantar melalui kepilan (attachment) bebas daripada virus.
- Pengunjung adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas maklumat yang dikunci masuk.
- Semua maklumat yang hendak dimuatkan ke dalam laman web JKKN mestilah mendapat kelulusan Ketua Bahagian atau Jabatan.
- Laman web agensi atau syarikat yang memerlukan pautan ke laman web JKKN atau sebaliknya mestilah mendapat kebenaran Ketua Jabatan.
- Pencerobohan atau percubaan untuk menggodam laman web JKKN adalah dilarang.