JKKN Negeri

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mempunyai 14 pejabat peringkat negeri yang menyelaras dan menjayakan program seni budaya di seluruh negara. Klik bendera negeri untuk melihat profil penuh pejabat JKKN berkenaan.

Klik bendera negeri di atas untuk melihat profil penuh pejabat JKKN.
Pengarah JKKN Perlis
Bendera Perlis
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Shahrizal bin Abdan
Pengarah
Kompleks JKKN Perlis, Persiaran Wawasan Kangar, 01000 Kangar, Perlis
04-979 3604
04-977 0117

Latar Belakang

Pada awalnya, pembangunan kebudayaan Negeri Perlis ditadbirkan melalui Ketua Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Wilayah Utara di Tingkat Bawah Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah. Ketika itu, ianya di bawah Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan.

Pejabat Kebudayaan dan Kesenian mula diwujudkan di Negeri Perlis pada Mac 1993 sejajar dengan perkembangan dan fungsi pejabat yang lebih luas bagi mencapai pembangunan negara yang seimbang dalam aspek pembangunan fizikal dan spiritual. Pejabat mula beroperasi di Tingkat 10, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, Kangar.

Kompleks JKKN Perlis yang dahulunya lebih dikenali dengan Taman Budaya Negeri Perlis mula dibina pada bulan Disember 1999 dan siap pada April 2001. Keluasan tanah adalah seluas 1.7787 hektar yang menempatkan dua (2) blok bangunan iaitu Blok Auditorium dan Blok Pentadbiran. Kapasiti tempat duduk Auditorium boleh memuatkan seramai empat ratus (400) orang.

Kini, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Perlis ditempatkan di Kompleks JKKN Perlis yang terletak di Persiaran Wawasan, Kangar dan mula diduduki pada Mei 2001 sehingga sekarang.

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir dalam bidang seni budaya, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya.
  • Membina jaringan kerjasama yang berkesan antara pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara.
  • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya.
  • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara.
  • Mengoptimakan fungsi organisasi JKKN Negeri.
  • Menyediakan ruang yang menempatkan bahan-bahan rujukan seperti buku, majalah, laporan dan CD/VCD untuk panduan dan rujukan pelajar, pengkaji budaya, pencinta seni dan orang awam.
  • Persembahan Berkala (persembahan kesenian tarian & muzik)
  • Senam Seni (bersenam beramai-ramai)
  • Bengkel / kelas lakon, teater, tarian, muzik
  • Auditorium
  • Pentas Terbuka / Laman Seni (di bawah Auditorium)
  • Bilik Seminar
  • Studio Lakon / Tari / Muzik
  • Galeri Seni Budaya
  • Pusat Sumber Seni Budaya
  • Surau lelaki / wanita
  • Tandas Awam
  • Tempat letak kereta / motorsikal

Pengunjung boleh menggunakan pengangkutan awam dengan menaiki bas My Bas dan menaiki teksi dari Terminal Bas dan Teksi dengan kadar tambang sekitar RM10.00 - RM12.00.

Kemudahan / Fasiliti JKKN Perlis

Bilik Seminar
Bilik Seminar
Bilik Mesyuarat
Bilik Mesyuarat
Blok Auditorium
Blok Auditorium
Blok Pentadbiran
Blok Pentadbiran
Gelanggang Gasing
Gelanggang Gasing
Laman Seni
Laman Seni
Studio Muzik
Studio Muzik
Studio Tari
Studio Tari

Lokasi Berdekatan

  • Taman Rekreasi Bunga Kertas
  • Taman Rekreasi Bukit Lagi
  • Hotel Seri Malaysia
  • Dewan 2020 (Dewan Orang Ramai)
  • Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis
Pengarah JKKN Kedah
Bendera Kedah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah
Sabarina binti Masadi
Pengarah
Kompleks JKKN Kedah, Lot PTD 400, Pumpong, 05250 Alor Setar, Kedah Darul Aman
04-737 2223
04-733 8128

Latar Belakang

Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah Darul Aman telah ditubuhkan pada 20 Mei 1987 dan menjadi Pusat Pentadbiran Wilayah Utara Kebudayaan yang meliputi Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, dikenali sebagai Pusat Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Wilayah Utara.

Pada 1 Januari 1996, Taman Budaya Negeri yang dikenali sebagai Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah Darul Aman telah diwujudkan di Lot PTD 400, Pumpong, 05250 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Kini, Taman Budaya Negeri Kedah lebih dikenali sebagai Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah yang menempatkan 2 blok bangunan iaitu Blok Auditorium dan Blok Pentadbiran. Prasarana yang disediakan adalah Auditorium berkapasiti tempat duduk seramai dua ratus enam puluh (260) orang, Pentas Terbuka, Bilik Mesyuarat, Pusat Sumber serta Galeri Seni dan lain-lain kemudahan.

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir dalam bidang seni budaya, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik dan promosi seni budaya.
  • Membina jaringan kerjasama yang berkesan antara pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara.
  • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya.
  • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara.
  • Mengoptimkan fungsi organisasi JKKN Negeri.
  • Menyediakan ruang yang menempatkan bahan-bahan rujukan seperti buku, majalah, laporan dan CD/VCD untuk panduan dan rujukan para pengkaji budaya, pencinta seni dan orang awam.
  • Menjual bahan bacaan bercetak seperti buku-buku seni dan budaya serta CD/DVD sebagai rujukan ilmu dan koleksi peribadi.
  • Mempamerkan aktiviti persembahan kebudayaan tempatan seperti Busana Mek Mulong, Mak Yong Kedah, Wayang Gedek dan Permainan Tradisional Negeri Kedah.
  • Menyediakan khidmat jurulatih (Artis Budaya) dalam bidang Tari dan Teater.
  • Perkhidmatan persembahan kebudayaan Kumpulan Kesenian Jabatan mengikut terma yang ditetapkan.
  • Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB)
  • Persembahan Berjadual (tarian, teater dan muzik)
  • Senam Seni
  • Bengkel / Kelas Lakon, teater, tarian, muzik
  • Bazar Seni
  • Auditorium
  • Pentas Terbuka
  • Pentas Bergerak
  • Bilik Seminar
  • Studio Lakon / Tari / Muzik
  • Galeri Seni Budaya
  • Pusat Sumber Seni Budaya
  • Surau Lelaki / Wanita
  • Tandas Awam
  • Ruang Letak Kereta / Motosikal

Pengunjung boleh menggunakan pengangkutan awam dengan menaiki bas dan teksi dari Terminal Bas dan Teksi Shahab dengan tambang sekitar RM2.00 - RM25.00.

Kemudahan / Fasiliti JKKN Kedah

Blok Pentadbiran
Blok Pentadbiran
Pintu Masuk
Pintu Masuk
Blok Auditorium
Blok Auditorium
Ruang Auditorium
Ruang Auditorium
Pentas Terbuka
Pentas Terbuka
Pentas Bergerak
Pentas Bergerak

Lokasi Berdekatan

  • Istana Anak Bukit
  • Menara Alor Setar
  • Pekan Rabu
  • Dataran Darul Aman
  • Aman Central Mall
  • Royal Kedah Golf Club
Pengarah JKKN Pulau Pinang
Bendera Pulau Pinang
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pulau Pinang
Eezmadyna Azalin binti Nordin
Pengarah
Kompleks Pustaka Warisan Seni, Lot No. 2180 Lintang P. Ramlee, Off Jalan P. Ramlee, 10460 Pulau Pinang
04-281 7791 / 7792
04-281 7781

Latar Belakang

Kompleks Pustaka Warisan Seni dibina di atas tanah Lot 2195 dan 2180 Mukim Georgetown, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang (di Counterhall, yang merangkumi tapak rumah tempat kelahiran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee). Projek ini siap pada 31 Julai 1997 dan diserahkan kepada Kementerian pada 13 Ogos 1997. Pulau Pinang adalah tempat bermulanya warisan seni yang popular seperti Bangsawan, Boria dan lain-lain.

Ukiran dan hiasan bangunan ini mempunyai ciri-ciri reka bentuk asas tradisi Melayu. Bangunan seluas 6,000 meter persegi ini menempatkan dua (2) pejabat kerajaan iaitu JKKN Pulau Pinang dan Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang. Ia mempunyai Auditorium P. Ramlee yang mampu memuatkan seramai 200 orang, dilengkapi pentas, konti, bilik persalinan dan tandas. Kawasan ini strategik sebagai tempat rujukan, pameran, persembahan, pengkajian dan pendokumentasian seni budaya bangsa.

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya.
  • Membina jaringan kerjasama yang berkesan antara pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan (BBK) dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara.
  • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya.
  • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara.
  • Mengoptimakan fungsi JKKN negeri.
  • Pusat Sumber Seni Budaya untuk rujukan
  • Jualan bahan-bahan terbitan JKKN (Buku dan CD Seni Budaya)
  • Khidmat nasihat berkaitan seni dan budaya
  • Khidmat Kejurulatihan bagi mengajar bidang tari, teater dan muzik
  • Persembahan Berkala (tarian & muzik)
  • Senam Seni
  • Bengkel / kelas lakon, teater, tarian, muzik (Jom Belajar)
  • Program Penyelidikan Budaya
  • Program Budi@Seni
  • Makmal Keusahawanan Seni Budaya (MAUS)
  • Program-program bersama Badan Bukan Kerajaan (BBK)
  • Auditorium (200 orang)
  • Galeri Seni Budaya
  • Bilik Mesyuarat
  • Pusat Sumber Seni Budaya
  • Studio Tari
  • Studio Latihan Muzik
  • Latihan Ruang Terbuka

Pengunjung boleh menggunakan bas Rapid Penang laluan 206 dan 11 dari Jeti dengan bayaran RM2.00 sahaja. Bas bergerak seawal 6.00 pagi dan sejam sekali dari stesen.

Kemudahan / Fasiliti JKKN Pulau Pinang

Auditorium
Auditorium
Blok Pentadbiran
Blok Pentadbiran
Auditorium P. Ramlee
Auditorium P. Ramlee
Galeri Seni Budaya
Galeri Seni Budaya
Studio Tari
Studio Tari
Bilik VIP
Bilik VIP

Lokasi Berdekatan

  • Rumah Kelahiran P. Ramlee
  • Stadium Bandaraya Pulau Pinang
  • Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR)
Pengarah JKKN Perak
Bendera Perak
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak
Hisham bin Mat Husein
Pengarah
Kompleks JKKN Perak, Lot 20561@20565 Jalan Caldwell, Off Jalan Raja Di Hilir, 30350 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
05-253 7001 / 05-254 1027
05-241 7017

Latar Belakang

Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak mula dibina pada 24 Mei 1995 dengan keluasan dua (2) ekar di atas tanah berkeluasan empat (4) ekar. Kos pembinaan sebanyak RM3,000,000.00 di bawah Rancangan Malaysia Ke-6 (RMK6). Bangunan ini mula diduduki pada 14 Jun 1996.

Pada asalnya, JKKN Perak bermula apabila tertubuhnya Majlis Kebudayaan Negeri Perak pada tahun 1974 yang merupakan badan induk kepada penubuhan kebudayaan di Negeri Perak.

JKKN Perak pada ketika itu dikenali sebagai Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak sehinggalah pada tahun 2004, JKKN Perak mula ditubuhkan dan bertanggungjawab merancang, melaksana dan memantau aktiviti kebudayaan dan kesenian di Negeri Perak selaras dengan visi dan misi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik dan promosi seni budaya.
  • Membina jaringan kerjasama yang berkesan antara pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan (BBK) dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara.
  • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya.
  • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara.
  • Mengoptimakan fungsi organisasi JKKN Negeri.
  • Senarai / pendaftaran BBK
  • Kumpulan Kesenian JKKN Perak
  • Pusat Sumber Maklumat Seni Budaya
  • Ipoh Cultural Showcase — persembahan berkala di Kompleks JKKN Perak setiap Jumaat Minggu Pertama & Ke-3, dan di People Park Jalan Bijih Timah pada Minggu Ke-2 & Ke-4 (jam 8.30 malam). Antara persembahan: Tarian Selamat Datang ke Negeri Perak, Kelin Kira, Sri Dabus, Cupak Hanyut, Joget Kereta Lembu dan My Fest.
  • Auditorium (300-320 penonton)
  • Pusat Sumber Maklumat Seni Budaya
  • Pentas Terbuka
  • Pentas Mudah Alih
  • Studio Tari
  • Studio Muzik
  • Bilik Mesyuarat
  • Galeri Seni
  • Bilik Tetamu / VIP
  • Surau (lelaki / perempuan)
  • Tandas
  • Parkir kenderaan
  • Bilik Busana

Pengunjung boleh menggunakan pengangkutan awam dengan menaiki bas Perak Transit dari Pekan dengan kadar bayaran RM1.20.

Kemudahan / Fasiliti JKKN Perak

Bilik Mesyuarat
Bilik Mesyuarat
Blok Pentadbiran
Blok Pentadbiran
Pentas Terbuka
Pentas Terbuka
Ruang Parkir
Ruang Parkir
Studio Muzik
Studio Muzik
Studio Tari
Studio Tari

Lokasi Berdekatan

  • Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak
  • Kediaman Menteri Besar Perak
Pengarah JKKN Selangor
Bendera Selangor
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor
Muhammad Hasnimizan bin Ishak
Pengarah
Tingkat 6, Menara Korporat, Kompleks IDCC Shah Alam, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
03-5543 1654
03-5543 1548

Latar Belakang

JKKN telah ditubuhkan secara rasminya pada 15 Mac 2005 melalui Waran Perjawatan Bil. S/20 bertarikh 22 Mac 2005. Kewujudan JKKN bermula pada tahun 1953 di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat sebagai Bahagian Hal Ehwal Kebudayaan.

Sepanjang perjalanan organisasi, jabatan ini telah berpindah ke pelbagai kementerian (1964, 1972, 1987, 1990, 2004, 2008, 2009 dan 2013) dengan perubahan gelaran dan fungsi selaras dengan keutamaan Kerajaan.

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, serta bimbingan seni budaya.
  • Membina jaringan kerjasama dengan pemain industri seni budaya dan agensi berkaitan.
  • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi.
  • Memperkukuhkan aktiviti seni budaya sebagai tarikan pelancong.
  • Mengoptimakan fungsi organisasi JKKN Negeri.
  • Pusat Sumber
  • Program Perantisan
  • Senarai / Pendaftaran BBK
  • Bimbingan Seni
  • Kumpulan Kesenian Jabatan JKKN Selangor
  • Festival Nasi Ambeng
  • Program Bimbingan Seni
  • Persembahan Berkala
  • Tandas
  • Tempat Letak Kereta Berbayar
  • Surau

Kompleks IDCC Shah Alam boleh diakses menggunakan bas Selangorku dan berhampiran stesen KTM Seksyen 19. Tempat letak kereta berbayar disediakan di dalam kompleks.

Kemudahan / Fasiliti JKKN Selangor

Bangunan Pejabat (Kompleks IDCC Shah Alam)
Bangunan Pejabat (Kompleks IDCC Shah Alam)

Lokasi Berdekatan

  • Masjid Negeri Shah Alam
  • Plaza Alam Sentral Shah Alam
  • Muzium Shah Alam (PADAT)
  • Pejabat Kerajaan Negeri Selangor
Hidayatul 'Ein binti Mohamad Azmi
Pengarah
Bendera Kuala Lumpur
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kuala Lumpur
Hidayatul 'Ein binti Mohamad Azmi
Pengarah
Kompleks JKKN WPKL, Jalan Tun H.S Lee, 50000 Kuala Lumpur
03-2072 6431 / 6779
03-2070 4064

Latar Belakang

Bermula daripada sebuah sekolah lelaki aliran Inggeris yang dikenali sebagai Victoria Institution sempena nama Queen Victoria, bangunan bersenibina gaya Victorian English Cottage ini adalah ilham Arkitek Kanan Inggeris A.C. Norman yang bertugas di Jabatan Kerja Raya (JKR) pada tahun 1893. Sekolah ini dibuka secara rasmi pada 3 Julai 1894.

Kebangkitan era seni budaya terutamanya dalam bidang teater dan tarian begitu ketara di sekitar tahun 1970-an dan 80-an apabila para pencinta dan pejuang seni budaya menjadikan Bangunan Victoria Institution ini sebagai Pusat Latihan, Perhimpunan serta Pementasan Aktiviti Kesenian dan Kebudayaan.

Bangunan bersejarah berusia 106 tahun ini dikejutkan dengan tragedi kebakaran pada 26 Julai 1999 yang memusnahkan hampir keseluruhan struktur asalnya. Bangunan asal Blok 1 Victoria Institution kemudian dipulihara dan dibina semula di tapak asalnya. Proses pembinaan semula bermula pada 28 Oktober 2002 dan siap pada tahun 2005 dengan kos lebih RM7 juta, kini di bawah pentadbiran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKN WPKL).

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya.
  • Membina jaringan kerjasama yang berkesan antara pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara.
  • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya.
  • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara.
  • Mengoptimakan fungsi organisasi JKKN negeri.
  • Pusat sumber seni budaya
  • Kelab Kesenian Jabatan (KKJ)
  • Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN)
  • Kelas Gamelan
  • Pementasan Teater di Dewan Terbuka
  • Kelas Tarian
  • Kelas Silat
  • Jom Belajar
  • Auditorium
  • Bilik Mesyuarat
  • Bilik Muzik Gamelan
  • Pentas Terbuka
  • Pusat Sumber
  • Studio

Boleh diakses menggunakan Putra LRT, bas, teksi dan monorel.

Kemudahan / Fasiliti JKKN Kuala Lumpur

Auditorium
Auditorium
Bilik Mesyuarat
Bilik Mesyuarat
Bilik Muzik Gamelan
Bilik Muzik Gamelan
Pentas Terbuka
Pentas Terbuka
Pintu Masuk Utama
Pintu Masuk Utama
Pusat Sumber
Pusat Sumber
Studio
Studio

Lokasi Berdekatan

  • Pasar Jalan Petaling (Petaling Street)
  • Pasar Seni
  • Medan Selera
  • Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee
Pengarah JKKN Negeri Sembilan
Bendera Negeri Sembilan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan
Mazidah binti Mustapha
Pengarah
Kompleks JKKN Negeri Sembilan, Jalan Sungai Ujong, 70200 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
06-767 6793 / 763 6308 / 761 0593
06-763 4417

Latar Belakang

Sebelum beroperasi di Kompleks JKKN Negeri Sembilan, pejabat pada awalnya terletak di Tingkat 5, Wisma Persekutuan pada tahun 1995, kemudian berpindah ke Bangunan Wisma Arab Malaysian di Jalan Tuanku Munawir pada tahun 1998 sebelum beroperasi sepenuhnya di bangunan sendiri pada tahun 2005.

JKKN Negeri Sembilan terletak di Jalan Sungai Ujong, Seremban bersebelahan dengan Bangunan Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

Reka bentuk kompleks ini diilhamkan daripada konsep dan ciri-ciri Rumah Tradisional Minangkabau yang mempunyai banyak bucu di setiap hujung bumbung, menerapkan motif beranda Rumah Tradisional Masyarakat Melayu.

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya.
  • Membina jaringan kerjasama yang berkesan antara pemain industri seni budaya, agensi kerajaan, swasta, Badan Bukan Kerajaan (BBK) dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara.
  • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya.
  • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancongan dalam dan luar negara.
  • Mengoptimakan fungsi organisasi JKKN Negeri.
  • Pusat Sumber Seni Budaya untuk rujukan
  • Jualan bahan-bahan terbitan JKKN (Buku dan CD Seni Budaya)
  • Galeri Seni
  • Senarai dan Pendaftaran Badan Bukan Kerajaan (BBK)
  • Maklumat Kumpulan Kesenian Jabatan (KKJ)
  • Skim Bimbingan Seni Budaya
  • Khidmat nasihat berkaitan seni dan budaya
  • Persembahan Berkala "Serlahan Seni"
  • Jom Belajar Seni Budaya
  • Jualan Bahan-Bahan Terbitan JKKN
  • Galeri Seni Budaya
  • Auditorium D'Sury
  • Auditorium Raja Melewar
  • Dewan Seminar Za'ba
  • Studio Tari
  • Studio Muzik - Rakaman
  • Laman Santai
  • Surau
  • Tandas / Tandas OKU
  • Tempat letak kereta
  • Bilik Mesyuarat
  • Gelanggang Gasing

Pengunjung boleh menggunakan teksi dari Stesen Teksi Bandar Jalan Sungai Ujong, bas henti-henti dari Terminal 1 ke Seremban 2 (laluan T54), dan komuter di Stesen Keretapi Jalan Tuanku Antah, Seremban.

Kemudahan / Fasiliti JKKN Negeri Sembilan

Ruang Auditorium Raja Melewar
Ruang Auditorium Raja Melewar
Studio Muzik
Studio Muzik
Studio Tari
Studio Tari
Auditorium D'Sury
Auditorium D'Sury
Blok Pentadbiran
Blok Pentadbiran
Ruang Auditorium D'Sury
Ruang Auditorium D'Sury

Lokasi Berdekatan

  • Muzium Negeri Sembilan
  • KPJ Seremban Specialist Hospital
Pengarah JKKN Melaka
Bendera Melaka
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka
Ezlina binti Alias
Pengarah
Kompleks JKKN Melaka, Hang Tuah Jaya, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
06-233 1787 / 233 1790
06-233 1784

Latar Belakang

Kompleks JKKN Melaka yang dahulunya dikenali sebagai Taman Budaya Negeri Melaka mula dibina pada bulan Jun 2003 dan siap pada bulan Disember 2004 di atas tanah berukuran 9.0 ekar di Mukim Bukit Katil, Daerah Melaka Tengah. Kompleks ini terletak 1 KM dari Plaza Tol Ayer Keroh dan bersebelahan dengan Hotel Seri Malaysia.

Matlamat pembinaan Kompleks JKKN Melaka adalah untuk dijadikan pusat aktiviti kebudayaan Negeri Melaka dan pusat rujukan kebudayaan dan kesenian tempatan, membantu penggiat / karyawan Seni Budaya serta masyarakat setempat bersama-sama menyemarakkan seni dan budaya di Negeri Melaka.

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya.
  • Membina jaringan kerjasama yang berkesan dengan pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara.
  • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya.
  • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara.
  • Mengoptimakan fungsi organisasi JKKN Negeri.
  • Sewaan ruang: Auditorium, Bilik Seminar dan Studio Latihan
  • Persembahan kesenian oleh Kumpulan Kesenian Jabatan (KKJ)
  • Khidmat kejurulatihan dalam Bidang Tari dan Teater
  • Pusat Sumber
  • Khidmat nasihat berkaitan seni dan budaya
  • Festival Tari Negeri
  • Program Merakyatkan Seni dan Budaya
  • Program Bimbingan Seni dan Budaya
  • Persembahan Berjadual
  • Serlahan Budi
  • Sukarelawan Budaya
  • Makmal Inovasi dan Usahawan Produk Seni dan Budaya
  • Mentor dan Mentee
  • Auditorium
  • Pentas terbuka / laman seni
  • Bilik Seminar
  • Studio Lakon / Tari / Muzik
  • Galeri Seni Budaya
  • Pusat Sumber
  • Bilik Mesyuarat Tun Perak
  • Bilik Mesyuarat Tun Kudu
  • Surau lelaki / wanita
  • Tempat letak kereta / motorsikal

Para pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan bas nombor 1B MS-Tampin di Melaka Sentral dengan harga tiket RM2.50, atau teksi dari Melaka Sentral dengan harga RM30.00.

Kemudahan / Fasiliti JKKN Melaka

Anjung Seni
Anjung Seni
Auditorium Panggung Sari
Auditorium Panggung Sari
Bilik Seminar
Bilik Seminar
Lanai Seni
Lanai Seni
Bilik Mesyuarat Tun Perak
Bilik Mesyuarat Tun Perak
Blok Pentadbiran
Blok Pentadbiran
Gelanggang Gasing
Gelanggang Gasing
Pusat Sumber
Pusat Sumber
Studio Tari
Studio Tari

Lokasi Berdekatan

  • Hotel Seri Malaysia
  • Puteri Resort
  • Kompleks Kraftangan
  • Mydin MITC
  • Zoo Melaka
  • Taman Mini Malaysia dan Mini Asean
Pengarah JKKN Johor
Bendera Johor
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor
Abdul Rashid bin Abdullah
Pengarah
Aras 6 Kiri, Wisma PERKESO, No 26, Jalan Susur 5, Off Jalan Tun Abdul Razak, Larkin, 80200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim
07-224 8270 / 223 1249
07-223 9413

Latar Belakang

Pada tahun 1987, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Selatan berpejabat di Negeri Melaka. Pada tahun 1993, jabatan dikenali sebagai Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Negeri Johor yang bertempat di Taman Seni Budaya Johor, Jalan Skudai, Johor Bahru.

Pada tahun 1995 jabatan berpindah ke Tingkat 13, Bangunan Tun Abdul Razak (KOMTAR) atau kini Johor Bahru City Center (JBCC), dikenali sebagai Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor.

Pada 1 Julai 2012 jabatan ini berpindah dari KOMTAR ke Aras 6 Wisma PERKESO, Jalan Larkin, Johor Bahru.

  • Mengekal dan memulihara seni budaya
  • Mengembangkan kebudayaan dan kesenian melalui usaha memupuk, membimbing, merakyat dan menyemarakkan seni budaya
  • Mengesan, mengenal pasti dan melaporkan pembangunan infrastruktur kebudayaan dan kesenian di peringkat negeri dan daerah
  • Memberi kerjasama dan pandangan kepada Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan dalam pembangunan kebudayaan dan kesenian
  • Menentukan bentuk bantuan dan khidmat nasihat kepada persatuan / pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian (NGO)
  • Merancang dan menyelaras pusat sumber dan maklumat di bidang kebudayaan dan kesenian
  • Menggalak dan meluaskan promosi seni budaya
  • Pusat Sumber Seni Budaya untuk rujukan
  • Jualan bahan-bahan terbitan JKKN (Buku dan CD Seni Budaya)
  • Khidmat nasihat berkaitan seni dan budaya
  • Program merakyatkan seni budaya
  • Program bimbingan seni budaya
  • Bazar seni
  • Festival Tari Negeri / Festival Teater / Ekspresi Muzik
  • Pusat Sumber Seni Budaya
  • Khidmat Kumpulan Perantis
  • Kumpulan Kesenian Jabatan (KKJ)
  • Bangunan Wisma PERKESO

JKKN Johor berhampiran dengan Terminal Bas Larkin Sentral. Boleh menaiki teksi dari terminal dengan kadar RM5.00 atau berjalan kaki. Dari JB Sentral, boleh menaiki bas awam ke Terminal Larkin (RM3.00) atau teksi (RM10.00).

Kemudahan / Fasiliti JKKN Johor

Bilik Mesyuarat
Bilik Mesyuarat
Kaunter Pelanggan
Kaunter Pelanggan
Ruang Pejabat
Ruang Pejabat
Pengarah JKKN Pahang
Bendera Pahang
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pahang
Mohd Rizal bin Ismail
Pengarah
Kompleks JKKN Pahang, Lot 57100, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur
09-517 8466
09-517 9466

Latar Belakang

Kompleks JKKN Pahang yang dahulunya lebih dikenali dengan Taman Budaya Negeri Pahang. Siap dibina pada tahun 1994 dengan kos sebanyak RM2.897 Juta dan berkeluasan 8097 meter persegi (2 ekar) yang menempatkan 3 blok bangunan iaitu Blok Auditorium dan Pentadbiran, Blok Studio / Bilik Mesyuarat / Perpustakaan, dan Blok Kantin. Kapasiti tempat duduk Auditorium boleh memuatkan seramai 220 orang.

Kini, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pahang ditempatkan di Kompleks JKKN Pahang, bersebelahan dengan Hotel Seri Malaysia Kuantan dan Dewan MAKSAK yang terletak di Jalan Teluk Sisek, Kuantan.

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya.
  • Membina jaringan kerjasama yang berkesan dengan pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara.
  • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya.
  • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara.
  • Mengoptimakan fungsi organisasi JKKN Negeri.
  • Pusat Sumber Seni Budaya — ruang menempatkan bahan rujukan seperti buku, majalah, laporan dan CD/VCD untuk panduan pelajar, pengkaji budaya, pencinta seni dan orang awam.
  • Pentas Bergerak — bersaiz 30 x 40 kaki, boleh dimohon untuk kegunaan mengikut kesesuaian tempat dan program.
  • Kejurulatihan — 2 orang Artis Budaya / Jurulatih dalam Bidang Seni Tari, boleh dipohon mengikut kelapangan dan kesesuaian.
  • Persembahan Berkala (Tarian, Puisi, Pantun, Teater, Lagu Rakyat)
  • Senam Seni
  • Bengkel (Lakonan, Muzik, Tarian, Seni Berbahasa)
  • Latihan Berjadual (KK JKKN, KBSC, Silat)
  • Auditorium / Green Skrin
  • Pentas Terbuka
  • Pentas Bergerak (Lori)
  • Bilik Mesyuarat (30 orang)
  • Bilik Seminar (30 orang)
  • Studio Lakon & Tari
  • Galeri Seni Budaya
  • Pusat Sumber Seni Budaya
  • Surau Lelaki & Wanita
  • Tandas Awam
  • Tempat Letak Kereta / Motorsikal

Pengunjung boleh menggunakan pengangkutan awam (bas, teksi & Grab) dari Terminal Bandar Kuantan sekitar 1 km sahaja ke Kompleks JKKN Pahang.

Zubariah binti Abdullah
Pengarah
Bendera Terengganu
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Terengganu
Zubariah binti Abdullah
Pengarah
Kompleks JKKN Terengganu, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
09-617 8831
09-617 8832

Latar Belakang

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Terengganu (JKKN Terengganu) merupakan salah satu cawangan JKKN di negeri-negeri. Sebelum menjadi sebuah jabatan pada tahun 2004, JKKN adalah satu bahagian di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan; cawangannya di negeri dipanggil Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Terengganu.

JKKN Terengganu mempunyai bangunan tersendiri yang digelar Kompleks Taman Budaya Negara Negeri Terengganu. Bangunan seluas empat ekar ini terletak di Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu, berhampiran pantai dan dikelilingi lagun serta berdekatan dengan Kompleks Sukan, Equestrian, Masjid Terapung dan hotel bertaraf 4 bintang.

Bangunan ini direka bentuk berasaskan ciri-ciri binaan tradisional kaum Melayu Terengganu, mula dibina pada tahun 2000 dan mula diduduki pada tahun 2002. Ia menempatkan pejabat pentadbiran dan sebuah auditorium jenis "proscenium" yang boleh memuatkan seramai 422 orang penonton, serta blok latihan tari, muzik dan lakonan.

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya.
  • Membina jaringan kerjasama yang berkesan dengan pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara.
  • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya.
  • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara.
  • Mengoptimakan fungsi organisasi JKKN Negeri.
  • Pusat Sumber Seni Budaya — menyediakan bahan rujukan seperti buku, majalah, laporan dan CD/VCD untuk panduan pelajar, pengkaji budaya, pencinta seni dan orang awam.
  • Kejurulatihan — 2 orang Artis Budaya / Jurulatih dalam Bidang Tari dan Teater, boleh dipohon untuk mengajar dalam bidang masing-masing.
  • Persembahan berkala (tarian & muzik)
  • Senam Seni
  • Bengkel / kelas lakon, teater, tarian, muzik (Jom Belajar)
  • Bazar Seni
  • Auditorium (422 kerusi)
  • Studio Lakon / Tari / Muzik
  • Galeri Seni Budaya
  • Pusat Sumber Seni Budaya
  • Surau lelaki / wanita
  • Tandas Awam
  • Tandas OKU
  • Bilik Mesyuarat pelbagai guna
  • Gelanggang Gasing
  • Cafe
  • Tempat letak kereta / motorsikal

Pengunjung boleh menaiki bas kayu tradisional "Cah Ligah" dari Terminal Bas Kuala Terengganu dengan bayaran RM2.00, atau teksi dari terminal dengan kadar sekitar RM10.00 - RM15.00.

Kemudahan / Fasiliti JKKN Terengganu

Kompleks JKKN Terengganu
Kompleks JKKN Terengganu
Kompleks JKKN Terengganu
Kompleks JKKN Terengganu

Lokasi Berdekatan

  • Masjid Sultanah Nur Zahirah (Masjid Terapung)
  • Taman Rekreasi Kuala Ibai
  • Lagun Kuala Ibai
  • Terengganu Equestrian Resort
  • Pasaraya Mydin Kuala Ibai
  • Nor Arfa Batik
Pengarah JKKN Kelantan
Bendera Kelantan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan
Rohaniza binti Abdullah
Pengarah
Kompleks JKKN Kelantan, Lot 1993, Seksyen 49, Tanjong Chat, 15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
09-741 7000
09-741 7004

Latar Belakang

Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan merupakan infrastruktur bagi aktiviti seni budaya, dibina untuk membantu penggiat / karyawan Seni Budaya serta masyarakat setempat menyemarakkan seni dan budaya di Negeri Kelantan.

Kompleks ini mula dibina pada 14 September 2006 dan siap sepenuhnya pada 19 Mei 2010 di atas tanah berukuran 6.6 ekar di Lot 1993, Seksyen 49 Tanjung Chat, Kota Bharu. Ia terletak 2 KM dari Pusat Bandar Kota Bharu dan berhadapan dengan Taman Perbandaran Tengku Anis.

Pembinaan Kompleks ini melalui peruntukan Rancangan Malaysia Ke-9 dan merupakan Kompleks JKKN yang ke-10 yang dibina, sebagai sokongan ke arah industri pelancongan berasaskan seni budaya.

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya.
  • Membina jaringan kerjasama yang berkesan dengan pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara.
  • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya.
  • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara.
  • Mengoptimakan fungsi organisasi JKKN Negeri.
  • Festival Tari Negeri
  • Program Merakyatkan Seni dan Budaya
  • Program Bimbingan Seni Budaya (Sek. Rendah & Sek. Menengah)
  • Persembahan Berjadual "de'Pentas"
  • Serlahan Budi
  • Sukarelawan Budaya
  • Program Perantisan: Menora
  • Makmal Inovasi & Usahawan Produk Seni Budaya
  • Program Jom Belajar
  • Kelas Bimbingan
  • Blok Pentadbiran
  • Bilik Mesyuarat Utama
  • Bilik Seminar
  • Bilik Tetamu
  • Surau
  • Tandas
  • Studio Tari
  • Studio Teater
  • Studio Muzik
  • Pentas Terbuka
  • Auditorium
  • Pentas Procenium
  • Ruang tempat letak kenderaan

Para pengunjung boleh menggunakan kereta, Bas Awam, Teksi / Kereta Sewa dari Pusat Bandar ke Kompleks JKKN dengan kadar tambang sekitar RM1.40 - RM15.00.

Kemudahan / Fasiliti JKKN Kelantan

Bilik Seminar
Bilik Seminar
Blok Auditorium
Blok Auditorium
Pintu Utama JKKN Kelantan
Pintu Utama JKKN Kelantan
Ruang Auditorium
Ruang Auditorium
Bilik Mesyuarat Utama
Bilik Mesyuarat Utama
Blok Pentadbiran
Blok Pentadbiran
Galeri Seni Budaya
Galeri Seni Budaya
Perpustakaan
Perpustakaan
Surau
Surau

Lokasi Berdekatan

  • Pusat Bandar Kota Bharu
  • Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
  • Taman Perbandaran Tengku Anis
Pengarah JKKN Sabah
Bendera Sabah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah
Marina binti Abu Bakar
Pengarah
Kompleks JKKN Sabah, Jalan Tasik off KM4 Jalan Penampang, 88200 Kota Kinabalu, Sabah
088-237 052 / 051
088-242 052

Latar Belakang

Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah merupakan salah satu program di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). Kerajaan Negeri Sabah meluluskan tanah rizab di Batu 2, Jalan Penampang seluas 1.3 hektar pada 4 Oktober 2001 untuk pembinaan kompleks ini, dengan kos ditanggung Kerajaan Persekutuan.

Kompleks ini mula dibina pada 13 Disember 2007 dan siap sepenuhnya pada Mac 2012. Reka bentuknya diilhamkan dari ciri-ciri rumah tradisional pelbagai etnik Sabah — struktur bumbung Etnik Bonggi, perabung bermotif Etnik Bajau Semporna dan Iranun (Tudjah dan layang-layang).

Gabungan pelbagai motif menghiasi keseluruhan ruang bangunan ini daripada etnik Kadazan Dusun Murut. Struktur dinding dan pintu gerbangnya menggambarkan rumah panjang Etnik Rungus, manakala tingkap kaca bermotifkan bunga Rafflesia.

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya.
  • Membina jaringan kerjasama yang berkesan dengan pemain industri seni budaya, agensi kerajaan, swasta, Badan Bukan Kerajaan (BBK) dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara.
  • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya.
  • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancongan dalam dan luar negara.
  • Mengoptimakan fungsi organisasi JKKN Negeri.
  • Khidmat nasihat dan kepakaran kejurulatihan
  • Khidmat nasihat teknikal dan artistik
  • Khidmat nasihat penggiat seni dan BBK
  • Peminjaman bahan rujukan buku-buku di Pusat Sumber
  • Penggunaan ruang Kompleks JKKN Sabah
  • Peminjaman fasiliti seperti pentas bergerak
  • Perkhidmatan kumpulan persembahan
  • Festival Teater, Festival Tari, Permainan Tradisional, Program MySeniBudaya: Rhythm Of Kinabalu (ROK)
  • Program Jurulatih Seni Budaya Negara, Program Bimbingan Seni Budaya, Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC), Program Jom Belajar
  • Program Arts On Wheels (Pentas Bergerak), Khidmat Nasihat Teknikal dan Artistik
  • Program Penyelidikan Seni Budaya, Program Perantisan, Pemetaan Budaya
  • Jualan dan Pemasaran Bahan Terbitan JKKN, Sebar Luas Maklumat Pusat Sumber
  • Auditorium
  • Pusat Sumber
  • Bilik Mesyuarat
  • Bilik NGO
  • Bilik Seminar
  • Ruang Studio Latihan Tari / Teater / Muzik
  • Studio Mini JKKN
  • Mini Galeri dan Ruang Pameran
  • Pentas Terbuka
  • Gelanggang Gasing
  • Surau Lelaki dan Wanita
  • Tandas
  • Pentas Bergerak
  • Ruang Parkir

Pengunjung boleh menggunakan teksi dan e-hailing terus ke Kompleks JKKN Sabah. Pengunjung yang menaiki bas awam perlu berjalan kaki dari jalan utama sekitar 5 minit ke kompleks.

Kemudahan / Fasiliti JKKN Sabah

Kompleks JKKN Sabah
Kompleks JKKN Sabah

Lokasi Berdekatan

  • Hospital Queen Elizabeth
  • Perpustakaan Negeri
  • Pusat Bandar Kota Kinabalu
  • Stesen Minyak Petronas dan Shell
  • Restoran dan Café
  • Supermarket
Pengarah JKKN Sarawak
Bendera Sarawak
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Noor Seela binti Noor Sulaiman
Pengarah
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000 Kuching, Sarawak
082-422 006 / 423 106
082-244 394

Latar Belakang

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak (JKKN Sarawak) merupakan sebuah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti seni dan budaya di negeri Sarawak. Penubuhan jabatan ini adalah untuk memupuk rasa cinta kepada aktiviti seni dan budaya oleh masyarakat pelbagai kaum di Sarawak.

Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum, sebagai garis panduan membentuk bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di peringkat antarabangsa.

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya.
  • Membina jaringan kerjasama yang berkesan dengan pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara.
  • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya.
  • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara.
  • Mengoptimakan fungsi organisasi JKKN Negeri.
  • Persembahan kesenian
  • Pemasaran produk seni tempatan
  • Memberi khidmat nasihat kepada pertubuhan-pertubuhan kebudayaan tempatan

Kemudahan / Fasiliti JKKN Sarawak

Bangunan Pejabat
Bangunan Pejabat